Penggabungan Cawangan AmBank Yang Terpilih

Tarikh: 26 Jun 2023

Pelanggan yang Dihargai,

Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap AmBank dan AmBank Islamic.

Merujuk kepada notis awal kami pada Mei 2022 dan Jun 2022 berkenaan penyatuan perniagaan di tiga cawangan kami dan kami ingin memaklumkan kepada anda tarikh rasmi hari terakhir operasi kami seperti yang dinyatakan di bawah:​​


Cawangan Asal Sedia Ada
(yang akan Digabungkan)
Cawangan Asal Baharu Tarikh Berkuat Kuasa
(Hari Terakhir Operasi)
Shah Alam Seksyen 13 Shah Alam Seksyen 15 28 Julai 2023
Tanjung Karang Bestari Jaya 28 Julai 2023
Raub Bentong 28 Julai 2023

 

Sila ambil perhatian bahawa akaun sedia ada anda di cawangan asal sedia ada anda akan dipindahkan ke cawangan asal baharu anda. Walau bagaimanapun, kami ingin meyakinkan anda bahawa tidak akan terdapat perubahan pada mana-mana akaun anda dengan kami dan nombor akaun anda serta semua butiran yang berkaitan dengan kemudahan anda yang lain akan kekal tidak berubah.

Untuk kemudahan anda, anda juga boleh melakukan transaksi perbankan anda dengan lancar melalui mana-mana saluran yang berikut bagi keperluan perbankan harian anda:

  • Mesin Layan Diri kami iaitu, Mesin Kitaran Semula Tunai (CRM), Mesin Deposit Cek (CQM) dan Mesin Teler Automatik (ATM);
  • Platform Perbankan Digital kami iaitu Perbankan Internet/Mudah Alih AmOnline. Jika anda masih belum mendaftar untuk AmOnline, sila layari ambank.com.my atau muat turun Aplikasi Perbankan Mudah Alih AmOnline kami hari ini menerusi Google Play, Apple Store atau Huawei AppGallery; atau
  • Sebagai alternatif, kunjungi mana-mana cawangan AmBank/AmBank Islamic kami yang terdekat dengan anda.

Sila rujuk kepada Soalan Lazim (FAQs) yang akan menjawab sebarang persoalan anda. Sekiranya anda memerlukan penerangan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan kami melalui 03-2178 8888.

Terima kasih kerana berurusan dengan kami.​​​